NAKBAH 64.0 DAN INTIFADHAH 3.0

by zulkhair on May 20, 2012

SETEMPOH Nakbah 64.0 itu, sehingga Intifadah 3.0 sudah berjaya dilancarkan. Yang penting usaha, bukan statistik dan angka. Sebelum itu, usah celupar dengan ‘tibai’ perjuangan Palestin oleh orang bukan Palestin; “Apa sibuk-sibuk?” dan “Biar padan muka dengan Pak Arab Dogol!”

Bumi Palestin disebut oleh Allah sebagai bumi yang diberkati dan ‘bumi Tuhan’ seperti dalam Al-Anbiya’: 81, manakala dalam ayat ke-21 di surah al-Maidah, Allah  yang menyifatkan keseluruhan bumi Palestin sebagai ‘bumi Tuhan’. Allah sebut dalam al-Hujurat: 10 bahawa “orang-orang yang mukmin itu bersaudara.”

Nabi Muhammad SAW menjelaskan konsep ‘bersaudara’ seperti berikut: “Orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh ia membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh ia mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Ustaz Maszlee Malik menulis dalam ‘Dalil Isu Palestin adalah Isu Umat Islam’: “Ia (Palestin) merupakan tanah Para Anbiya’. Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Antara mereka adalah Nabi Ibrahim yang dimakamkan di Khalil) , Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya, Nabi Isa dan lain-lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.”

Selain itu, di Palestin, wujud Masjid al-Aqsa yang berada dalam cengkaman Zionis. Takkan seronok dengan Zionis yang pernah dan sedang mencemar masjid dan rumah Allah?

Siri peperangan pasca Nakbah

Tarikh 15 Mei dianggap sebagai tarikh Nakbah (mala petaka) buat rakyat Palestin menerusi pengisytiharan Israel. Sehari selepas itu, bermula Perang Arab-Israel 1948. Menariknya, belum pun setahun jagung, Israel memiliki sekitar 70,000 tentera yang terlatih beserta persenjataan canggih. Tentunya dengan bantuan dansokongan Eropah dan Amerika Syarikat.

Selepas itu wujud siri peperangan antara Israel dengan negara-negara Arab seperti Mesir, Lubnan, Jordan dan Syria. Siri peperangan ini dapat dirumuskan seperti berikut:

  • Negara-negara Arab ini rata-rata berniat mahu dapatkan tanah yang dijajah oleh Israel dan bukannya mahu bebas al-Quds.
  • Peperangan umumnya dimenangi oleh Israel hasil campur tangan pihak PBB yang begitu mudah dilobi oleh Zionis.
  • Bukan itu sahaja, peperangan sering diakhiri dengan keluasan wilayah Israel yang semakin meningkat.
  • Peperangan juga diakhiri dengan semakin ramai penduduk Palestin dihalau keluar, lalu bertumpu ke kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Sejarah awal penentangan rakyat Palestin

Dipercayai, pihak pertama yang menentang gerakan Zionis adalah Jamiah al-Fida’iyah pada awal 1919. Pertubuhan Jamiah al-Fida’iyah ini terdiri daripada beberapa cawangan di Yafa, al-Quds, Gaza, Nablus, Tulkaram, Ramlah dan al-Khalil. Pemimpin pertamanya ialah Muhammad ad-Dibagh. Pertubuhan ini mencetuskan penentangan Perayaan Nabi Musa di al-Quds pada April 1920. Penentangan ini turut dikenali sebagai Revolusi Tahun 1920.

Antara tokoh pejuang Palestin awal ialah Izzudin al-Qassam. Nama penuh beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Beliau dilahirkan di Syria pada tahun. Beliau pernah berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan merupakan seorang ulama yang menentang sebarang bentuk bida’ah dan khurafat dalam kalangan masyarakat, di samping seorang syeikh sufi daripada Tarekat Ash-Shazaliyah.

Penjajah Perancis pernah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya di sebabkan penentangan beliau terhadap perancis yang cuba menjajah Syria. Beliau lalu berhijrah ke Haifa di Palestin. Pada tahun 1927, beliau memimpin Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin di Haifa. Beliau banyak terlibat dengan program memberi kesedaran kepada rakyat Palestin mengenai rancangan jahat Zionis yang disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia. Dalam masa yang sama, beliau terlibat secara langsung dengan gerakan jihad.

Beliau bertanggungjawab terhadap suatu penentangan yang dipanggil Kebangkitan Buraq pada tahun 1929. Penentangan ini adalah ekoran daripada tindakan pihak Zionis menyerang Masjid al-Aqsa dan seterusnya menjadikan Tembok Buraq kepada Tembok Ratapan Yahudi. Dalam Kebangkitan Buraq, seramai 33 orang Yahudi terbunuh dan 369 yang lain cedera.

Beliau kemudian menyerang perkampungan Yahudi di Yagur pada tahun 1931 hingga menyebabkan mematian tiga orang tentera Yahudi. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 sewaktu berdepan dengan pasukan tentera Britain yang lengkap bersenjata ditambah dengan kehadiran jet pejuang. Di atas sumbangan besar beliau itu, Izzudin al-Qassam dianggap sebagai ikon dan simbol jihad dalam kalangan rakyat Palestin dalam menentang Rejim Zionis Israel sehinggalah ke hari ini.

Pada tahun yang sama iaitu 1935, muncul sebuah lagi gerakan jihad yang dipimpin oleh Abdul Kadir Musa Kazim al-Husaini. Gerakan ini disokong kuat oleh seorang ulama bernama Syeikh Amin al-Husaini.

Pada tahun 1936, berlaku satu lagi penentangan yang dipanggil sebagai Revolusi 1936. Revolusi ini dikatakan bermula apabila sebuah kontraktor Yahudi enggan mengambil pekerja Arab Palestin dalam suatu projek pembangunan tiga buah sekolah di Yafah. Para pekerja Palestin lalu berkumpul dan membuat bantahan. Peristiwa ini akhirnya telah menyebabkan mogok umum di seluruh Palestin.

Revolusi 1936 telah menyaksikan pemusnahan jambatan, letupan kereta api dan paip minyak, di samping serangan ke atas berek tentera Britain di Palestin.  Selepas itu berlaku banyak lagi penentangan demi penentangan dalam kalangan rakyat Palestin sendiri terhadap Rejim Israel baik sebelum mahupun selepas penubuhan negara Israel.

Intifadah 1.0, 2.0 dan 3.0

Intifadah 1.0 bermula pada tahun 1987. Ia tercetus di kem pelarian Jabalia apabila enam anak Palestin dibunuh dengan kejam oleh tentara-tentera Israel.

Pun begitu ada pandangan yang mengatakan bahawa gerakan Intifadhah tercetus ekoran daripada tindakan berani Khalid Akar membunuh 6 orang tentera Israel dan mencederakan 8 orang yang lain. Pada November 1987, Khalid Akar dengan nekadnya telah menerbangkan glider yang tidak dapat dikesan radar Israel dan kemudiannya mendarat di kawasan berek tentera Israel di Gibyor. Tindakan Khalid Akar ini telah memberikan inspirasi yang amat bermakna kepada rakyat Palestin

Dalam gerakan Intifadhah, kanak-kanak dan remaja juga kaum wanita turut serta dalam penentangan ke atas Rejim Israel. Mereka sekadar menggunakan batu dan lastik yang disasarkan kepada tentera-tentera Rejim Zionis yang bersenjata automatik. Mereka malah dengan beraninya menyerang kereta-kereta kebal canggih Israel.

Pada Disember 1987, sebuah pertubuhan bernama Hamas telah dengan terang-terang menyokong dan mendokong akan gerakan Intifadhah ini.

Malangnya kebiadaban Zionis semakin menjadi-jadi. Sejak Intifadhah dilancarkan pada 1987 hingga 1993, seramai 1,283 rakyat Palestin telah mati dibunuh oleh tentera Israel dan juga penduduk-penduduk Israel. Sehubungan itu, 130,472 orang Palestin telah cedera dan 22,088 orang telah dipenjara tanpa bicara. Sebanyak 2,533 buah rumah telah dimusnahkan oleh Rejim Israel manakala 184,257 batang pokok di kebun-kebun rakyat Palestina telah ditebang.

Menurut statistik, pada tahun 1989 saja, seramai 13,000 anak-anak Palestin ditahan di penjara-penjara Israel. Sehingga tahun 1997 pula sejak Intifadhah dilancarkan, 1,392 rakyat Palestin menemui maut di tangan pihak Rejim Israel. Angka ini termasuk 362 kanak-kanak yang tidak berdosa.

Gambar-gambar pembunuhan tentara Israel ke atas anak-anak Palestin telah membawa kepada pembetukan Perjanjian Oslo (Oslo Accords) tahun 1993. Israel dan PLO duduk semeja sekali gus bagai mengakhiri Intifadhah gelombang pertama. Perjanjian Oslo ini ditandantangani di Rumah Putih di Amerika Syarikat oleh Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Ketua PLO Yasser Arafat sambil disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Dalam pertemuan ini, Israel mengakui Yasser Arafat untuk pertama kalinya sebagai perwakilan resmi rakyat Palestin. Aktivis gerakan Islam di Palestin menentang sekeras-kerasnya perjanjian ini.

Setempoh Intifadhah 1.0 ini wujud beberapa peristiwa penting yang lain. Ini termasuklah:

  • Hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yasin pada Oktober 1991 oleh Mahkamah Tentera Israel. Sebenarnya hukuman tersebut bukan sekadar penjaran seumur hidup, bahkan ditambah lagi 15 tahun. Maksud penjara seumur hidup di sini membabitkan tempoh 30 tahun.
  • Selain itu berlangsung Kongres Madrid dalam bulan dan tahun yang sama iaitu Oktober 1991. Buat pertama kalinya pemimpin Arab dan Israel duduk semeja sambil dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Presiden Rusia dan Perdana Menteri Britain. Kongres diadakan di Madrid, Sepanyol. Pemimpin Arab yang diwakili oleh pihak PLO bersetuju agar gerakan Intifadhah dihentikan. Hamas bagaimanapun menolak sebarang bentu perjanjian dengan Israel sekiranya tidak memenuhi aspirasi rakyat Palestin.
  • Kemudian pada tahun 1992, pasukan Briged al-Qassam yang merupakan salah satu sayap Hamas dari Palestin dan Hezbollah dari Lubnan melancarkan beberapa serangan ke atas kepentingan Israel.
  • Pada Disember 1992, 400 pemimpin Hamas dan beberapa pemimpin gerakan Islamic Jihad ditangkap dan dipenjarakan di sebuah padang pasir. Mereka yang ditahan itu termasuklah Dr Abdul Aziz ar-Rantisi.

Intifadah 2.0 bermula pada tahun 2000. Ia dikenali juga sebagai Intifadah al-Aqsa disebabkan oleh tindakan balas ke atas Zionis menerusi kunjungan Ariel Sharon ke Masjidil Aqsa. Kesucian Masjid al-Aqsa bagai sengaja mahu dinoda oleh Sharon yang telahpun dibuktikan bersalah terlibat secara langsung dengan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Palestin dan Lubnan di Kem Pelarian Sabra dan Shatila.

Beberapa siri serangan bom berani mati dilakukan. Pada tahun 2003 misalnya, sebuah bas di Haifa meledak akibat ledakan daripada seorang pengebom berani mati Palestin.  Seramai 17 orang terkorban. Banyak pihak terutama Israel mengutuk serangan berbentuk sedemikian dengan hujah, serangan ke atas orang awam.

Ironinya, pihak Israel sendiri tidak pula rasa bersalah menyerang orang awam Palestin yang tidak bersalah, malah tidak pula bersenjata!

Dalam abad yang sama, abad ke-21, Intifadhah 3.0 turut dilancarkan apabila Israel menerima tekanan hebat di peringkat antarabangsa. Ada pihak menyifatkan tragedi Mavi Marmara sebagai bermulanya Intifadhah 3.0 ini.

Tindakan rejim zionis Israel menyenaraikan Masjid Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah sebagai wilayah warisan Yahudi telah membangkitkan satu provokasi yang besar kepada rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya. Tindakan Israel yang sekali gus meluaskan jajahan bumi Palestin yang mereka takluk menyebabkan penduduk Tebing Barat mengadakan bantahan dan seterusnya mencetus pertempuran antara penduduk dan pihak berkuasa Yahudi itu, termasuk beberapa insiden di al Khalil.

Hamas dan lain-lain terus teguh dalam intifadah gelombang ketiga yang sedang berlaku kini. Masjid-masjid tersebut di samping Masjid al-Aqsa yang cuba dinoda Israel misalnya tidak harus dibiarkan. Pada tahun 2011, laman ‘THIRD INTIFADA’ di sebuah laman sosial yang mempunyai rakan sehingga mencceah 3 juta orang dari seluruh dunia telah diharamkan akibat lobi daripada pihak kabinet Israel sendiri.

Akhir kalam

Collin Powell pada 2001 pernah menyebutkan bahawa intifadah takkan berjaya dikekang dengan cara militari lantaran ia semakin mendapat simpati dari masyarakat di seluruh dunia. Ada dua persoalan penting mesti dijawab oleh beliau: Apakah ada cara lain untuk mengekang Intifadhah dan apakah rasionalnya untuk mengekang gerakan Intifadhah?

Gerakan Intifadah dilihat penting dalam konteks meningkatkan moral dan semangat rakyat Palestin khususnya terhadap keadilan dan kuasa Islam. Dalam masa yang sama, ia menghindarkan diri daripada terus berasa tertekan apatah pula untuk mendiamkan diri daripada terus dizalimi oleh pihak Rejim Israel. Selain itu, Intifadhah perlu dilancarkan dalam konteks untuk memberikan tekanan psikologi ke atas kesombongan tentera dan rakyat Israel.

* Kredit gambar ‘Al-Quds Mosque’: http://islamicwallpers.blogspot.com/2009/05/islamic-wallpapers-89-al-quds-mosque-in.html

* Kredit gambar ‘Al-Quds Militiawoman’: http://www.nocaptionneeded.com/2010/01/remembering-iraq/

* Kredit gambar ‘Third Intifada’: http://ricochet.com/main-feed/Apple-Puts-Third-Intifada-App-on-iPhone

* Kredit gambar ‘Intifadhah III start now’: http://almujahidien.multiply.com/journal/item/43/Intifada_III

* Kredit gambar ‘Aqsa Syarif Le Tour d’Europe’: http://www.aqsasyarif.org.my/2011/04/aqsa-syarif-le-tour-deurope-bersamamu-palestin/?lang=en

{ 0 comments }

Lamanya tak naik kereta api

by zulkhair on May 14, 2012

ISNIN lalu (7 Mei 2012), saya berpeluang bermusafir ke KL dengan kereta api. Rasanya inilah kali pertama naik kereta api setelah 8 tahun tak naik (kali terakhir perjalanan Manchester-London-Manchester). Entah macam mana, saya telah diaturkan duduk seorang diri dalam sebuah gerabak!

Sengaja saya pilih gerabak tempat tidur, sebab malam sebelumnya saya tidur jam 5 pagi sebab siapkan sebuah deraf penulisan. Selang beberapa minit kereta api bergerak dari Kempas Baru, saya pun tidur. Pada sebelah senja, macam-macam bunyi ada termasuk mirip suara budak. Barangkali ia hanya perasaan sebab seorang diri dalam sebesar-besar gerabak.

Sebetulnya saya baru nak beli tiket. Alamdulillah, pemandu teksi sanggup menunggu dalam memastikan saya dapat tiket. Kalau tidak, dia mahu hantar saya dapatkan bas di Larkin Sentral. Pemandu teksi juga mahu merancang mahu belajar al-Quran daripada saya. Katanya dulu zaman sekolah nakal, tiada peluang.

Ada bagusnya seorang diri, mudah dirikan solat di sisi katil; zuhur, asar, maghrib dan isyak. Terima kasih dengan adanya perisian kompas dalam telefon bimbit. Malangnya tiada koc buffet, jadi makanan yang ada cuma mi segera (lihat gambar sebelah).

Sampai di KL Sentral, langsung dapatkan teksi ke sebuah hotel yang banyak cermin dan dikawal oleh pegawai keselamatan Gurkha, bersebalahan dengan Pudu Raya. Tambang hanya RM10.

Naik kereta api memang cukup ‘NOSTAGILA’ sewaktu zaman belajar dulu termasuk bila lalu Gemas dengan kemeriahan jualan makanan dan air panas.

Stesyen di Gemas sedang dinaik taraf.

Pemandangan padang golf di Gemas.

Sampai di KL Sentral.

Pemandangan sekolah dari kamar hotel.

Peserta bengkel saya sedang membuat pembentangan.

Salah seorang peserta terbaik.

Berpeluang subuh di Masjid Jamek.

Masjid yang indah di pusat jantung Kuala Lumpur.

{ 0 comments }

Apabila jumlah zakat menjadi KPI syarikat

March 5, 2012

SUNGGUH berbaloi tunaikan hak untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMS Sultan Iskandar Mersing Sabtu lalu, 3 Mac 2012. Pihak perasmi berkongsi pengalaman dan pencapaian gemilang Al-Ikhsan yang beribupejabat di Taman Universiti. Terakhir, RM1.9 juta zakat dibayar. Akan datang, RM3 juta dijadikan sasaran sekali gus KPI buat syarikat. Buat julung kalinya pihak sekolah mengundang tokoh [...]

Read the full article →

Kisah ‘maulid’ (kelahiran) dalam Februari dan Rabiulawal

February 29, 2012

TAHUN ini fb saya sepi tanpa bicara siber salam ulang tahun pada 22 hari bulan lalu lantaran sengaja saya buat begitu. Pertama, mahu lebih martabatkan kalendar hijrah. Kedua, mahu lebih akur bahawa saya menjadi lebih tua dengan mengikut sistem kalendar berasaskan bulan berbanding sistem ‘matahari’. Ini disebabkan kalendar Hijrah lewat sebanyak 11 hari berbanding kaledar [...]

Read the full article →

Manisnya bila jadi yang pertama

February 14, 2012

JADI yang pertama lazimnya manis; mendapat tempat pertama termasuklah malam pertama. Itulah yang berlaku kepada saya apabila dipilih untuk jadi yang pertama dalam kategori cerpen berunsur Islam di peringkat kebangsaan. Dengan hadiah yang diterima, setiap kalimat dalam cerpen bagaikan berharga seringgit empat puluh sen. Inilah kali kedua jadi yang pertama selepas 28 tahun yang lalu, [...]

Read the full article →

Suka duka Disember 2011

February 6, 2012

CERITA Tahun 2011 bagaikan berkumpul dalam Disember 2011. Suka duka dalam bulan Disember 2011 bagaikan mewakili keseluruhan tahun 2011. Separuh masa pertama Disember banyak dihabiskan di Kota Chengdu, China. Sebagai salah seorang penaja dan pelajar PhD, saya sertai Lawatan Akademik ke sana. Program begitu padat dengan pelbagai lawatan; universiti, institusi penyelidikan, kilang, ladang, masjid (lihat [...]

Read the full article →

Besok kendalikan bengkel ‘Creative Thinking and Problem Solving’

December 2, 2011

BESOK insya-Allah akan kendalikan bengkel ‘Creative Thinking and Problem Solving’ di Bangunan Hokkien Johor Bahru tidak jauh dari Restoran Saga yang terkenal dengan ratusan gambar-gambar retro termasuk gambar filem-filem P Ramlee. Saya akan ditemani oleh seorang ‘mentee’ yang memang bercita-cita mahu menjadi jurulatih dan perunding latihan pada masa akan datang. Tadi raikan pembicara utama ROSE [...]

Read the full article →

Ulang tahun, kalendar yang mana anda gunakan?

November 1, 2011

HARI ini 5 Zulhijjah 1432 (bersamaan 011111 yang bernilai 31 mengikut sistem binari). Rata-rata tiada seorang pun yang beri ucapan salam ulang tahun setelah saya maklumkan bahawa pada hari ini merupakan tarikh ulang tahun saya mengikut kalendar Hijrah. Saya bukan mengharapkan ucapan tersebut, namun ini suatu dapatan (fenomena) yang menarik. Apakah sambutan ulang tahun kurang [...]

Read the full article →

Mengangkat laksamana Melayu abad ke-17 dalam Empayar IX

October 20, 2011

22 Oktober ini insya-Allah akan saya bicarakan novel Empayar IX. Novel karya Rendra ini memenangi Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010. Sebanyak tiga karya akan dibicarakan bersempena program Bicara Karya Sastera Negeri Johor (Sabtu: 9 pagi – 12 tengah hari) di Perpustakaan Sultan Ismail MBJB, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Sedikit petikan daripada ulas bicara [...]

Read the full article →

Serigala jahat (bad wolf). Mengapa mahu yang jahat?

October 20, 2011

16 Oktober 2011. Sewaktu berada di Nilai dan bertemankan tutor muda dari USIM (Nursa’adah Khair), maka berpeluanglah saya dan anak2 ke pesta buku Big Bad Wolf di MAEPS, Serdang. Buku Why we want you to be rich oleh Donald Trumph dan Robert Kiyosaki telah saya beli dengan harga diskaun, RM40. Namun di pesta buku yang [...]

Read the full article →