Zulkifli Khair (Hikmah4u)

NAKBAH 64.0 DAN INTIFADHAH 3.0
SETEMPOH Nakbah 64.0 itu, sehingga Intifadah 3.0 sudah berjaya dilancarkan. Yang penting usaha, bukan statistik dan angka. Sebelum itu, usah celupar dengan ‘tibai’ perjuangan Palestin oleh orang bukan Palestin; “Apa sibuk-sibuk?” dan “Biar padan muka dengan Pak Arab Dogol!”

Bumi Palestin disebut oleh Allah sebagai bumi yang diberkati dan ‘bumi Tuhan’ seperti dalam Al-Anbiya’: 81, manakala dalam ayat ke-21 di surah al-Maidah, Allah  yang menyifatkan keseluruhan bumi Palestin sebagai ‘bumi Tuhan’. Allah sebut dalam al-Hujurat: 10 bahawa “orang-orang yang mukmin itu bersaudara.”

Nabi Muhammad SAW menjelaskan konsep ‘bersaudara’ seperti berikut: “Orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh ia membiarkannya (dalam kehinaan) dan tidak boleh ia mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Ustaz Maszlee Malik menulis dalam ‘Dalil Isu Palestin adalah Isu Umat Islam’: “Ia (Palestin) merupakan tanah Para Anbiya’. Bahkan ramai para anbiya’ yang disebut di dalam al-Quran, telah dilahirkan, dibesarkan dan disemadikan di bumi ini (lebih 50 orang kesemuanya). Antara mereka adalah Nabi Ibrahim yang dimakamkan di Khalil) , Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaaqub, Nabi Syuib, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya, Nabi Isa dan lain-lain lagi. Semoga Allah memberkati mereka semua.”

Selain itu, di Palestin, wujud Masjid al-Aqsa yang berada dalam cengkaman Zionis. Takkan seronok dengan Zionis yang pernah dan sedang mencemar masjid dan rumah Allah?

Siri peperangan pasca Nakbah

Tarikh 15 Mei dianggap sebagai tarikh Nakbah (mala petaka) buat rakyat Palestin menerusi pengisytiharan Israel. Sehari selepas itu, bermula Perang Arab-Israel 1948. Menariknya, belum pun setahun jagung, Israel memiliki sekitar 70,000 tentera yang terlatih beserta persenjataan canggih. Tentunya dengan bantuan dansokongan Eropah dan Amerika Syarikat.

Selepas itu wujud siri peperangan antara Israel dengan negara-negara Arab seperti Mesir, Lubnan, Jordan dan Syria. Siri peperangan ini dapat dirumuskan seperti berikut:

Negara-negara      Arab ini rata-rata berniat mahu dapatkan tanah yang dijajah oleh Israel      dan bukannya mahu bebas al-Quds.

Peperangan      umumnya dimenangi oleh Israel hasil campur tangan pihak PBB yang begitu      mudah dilobi oleh Zionis.

Bukan      itu sahaja, peperangan sering diakhiri dengan keluasan wilayah Israel yang      semakin meningkat.

Peperangan juga diakhiri dengan semakin ramai      penduduk Palestin dihalau keluar, lalu bertumpu ke kem-kem pelarian di      Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Sejarah awal penentangan rakyat Palestin

Dipercayai, pihak pertama yang menentang gerakan Zionis adalah Jamiah al-Fida’iyah pada awal 1919. Pertubuhan Jamiah al-Fida’iyah ini terdiri daripada beberapa cawangan di Yafa, al-Quds, Gaza, Nablus, Tulkaram, Ramlah dan al-Khalil. Pemimpin pertamanya ialah Muhammad ad-Dibagh. Pertubuhan ini mencetuskan penentangan Perayaan Nabi Musa di al-Quds pada April 1920. Penentangan ini turut dikenali sebagai Revolusi Tahun 1920.

Antara tokoh pejuang Palestin awal ialah Izzudin al-Qassam. Nama penuh beliau ialah Muhammad Izzuddin Abdul Qadir Al-Qassam. Beliau dilahirkan di Syria pada tahun. Beliau pernah berguru dengan Sheikh Muhammad Abduh dan merupakan seorang ulama yang menentang sebarang bentuk bida’ah dan khurafat dalam kalangan masyarakat, di samping seorang syeikh sufi daripada Tarekat Ash-Shazaliyah.

Penjajah Perancis pernah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya di sebabkan penentangan beliau terhadap perancis yang cuba menjajah Syria. Beliau lalu berhijrah ke Haifa di Palestin. Pada tahun 1927, beliau memimpin Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin di Haifa. Beliau banyak terlibat dengan program memberi kesedaran kepada rakyat Palestin mengenai rancangan jahat Zionis yang disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia. Dalam masa yang sama, beliau terlibat secara langsung dengan gerakan jihad.

Beliau bertanggungjawab terhadap suatu penentangan yang dipanggil Kebangkitan Buraq pada tahun 1929. Penentangan ini adalah ekoran daripada tindakan pihak Zionis menyerang Masjid al-Aqsa dan seterusnya menjadikan Tembok Buraq kepada Tembok Ratapan Yahudi. Dalam Kebangkitan Buraq, seramai 33 orang Yahudi terbunuh dan 369 yang lain cedera.

Beliau kemudian menyerang perkampungan Yahudi di Yagur pada tahun 1931 hingga menyebabkan mematian tiga orang tentera Yahudi. Beliau akhirnya gugur syahid pada tahun 1935 sewaktu berdepan dengan pasukan tentera Britain yang lengkap bersenjata ditambah dengan kehadiran jet pejuang. Di atas sumbangan besar beliau itu, Izzudin al-Qassam dianggap sebagai ikon dan simbol jihad dalam kalangan rakyat Palestin dalam menentang Rejim Zionis Israel sehinggalah ke hari ini.

Pada tahun yang sama iaitu 1935, muncul sebuah lagi gerakan jihad yang dipimpin oleh Abdul Kadir Musa Kazim al-Husaini. Gerakan ini disokong kuat oleh seorang ulama bernama Syeikh Amin al-Husaini.

Pada tahun 1936, berlaku satu lagi penentangan yang dipanggil sebagai Revolusi 1936. Revolusi ini dikatakan bermula apabila sebuah kontraktor Yahudi enggan mengambil pekerja Arab Palestin dalam suatu projek pembangunan tiga buah sekolah di Yafah. Para pekerja Palestin lalu berkumpul dan membuat bantahan. Peristiwa ini akhirnya telah menyebabkan mogok umum di seluruh Palestin.

Revolusi 1936 telah menyaksikan pemusnahan jambatan, letupan kereta api dan paip minyak, di samping serangan ke atas berek tentera Britain di Palestin.  Selepas itu berlaku banyak lagi penentangan demi penentangan dalam kalangan rakyat Palestin sendiri terhadap Rejim Israel baik sebelum mahupun selepas penubuhan negara Israel.

Intifadah 1.0, 2.0 dan 3.0

Intifadah 1.0 bermula pada tahun 1987. Ia tercetus di kem pelarian Jabalia apabila enam anak Palestin dibunuh dengan kejam oleh tentara-tentera Israel.

Pun begitu ada pandangan yang mengatakan bahawa gerakan Intifadhah tercetus ekoran daripada tindakan berani Khalid Akar membunuh 6 orang tentera Israel dan mencederakan 8 orang yang lain. Pada November 1987, Khalid Akar dengan nekadnya telah menerbangkan glider yang tidak dapat dikesan radar Israel dan kemudiannya mendarat di kawasan berek tentera Israel di Gibyor. Tindakan Khalid Akar ini telah memberikan inspirasi yang amat bermakna kepada rakyat Palestin

Dalam gerakan Intifadhah, kanak-kanak dan remaja juga kaum wanita turut serta dalam penentangan ke atas Rejim Israel. Mereka sekadar menggunakan batu dan lastik yang disasarkan kepada tentera-tentera Rejim Zionis yang bersenjata automatik. Mereka malah dengan beraninya menyerang kereta-kereta kebal canggih Israel.

Pada Disember 1987, sebuah pertubuhan bernama Hamas telah dengan terang-terang menyokong dan mendokong akan gerakan Intifadhah ini.

Malangnya kebiadaban Zionis semakin menjadi-jadi. Sejak Intifadhah dilancarkan pada 1987 hingga 1993, seramai 1,283 rakyat Palestin telah mati dibunuh oleh tentera Israel dan juga penduduk-penduduk Israel. Sehubungan itu, 130,472 orang Palestin telah cedera dan 22,088 orang telah dipenjara tanpa bicara. Sebanyak 2,533 buah rumah telah dimusnahkan oleh Rejim Israel manakala 184,257 batang pokok di kebun-kebun rakyat Palestina telah ditebang.

Menurut statistik, pada tahun 1989 saja, seramai 13,000 anak-anak Palestin ditahan di penjara-penjara Israel. Sehingga tahun 1997 pula sejak Intifadhah dilancarkan, 1,392 rakyat Palestin menemui maut di tangan pihak Rejim Israel. Angka ini termasuk 362 kanak-kanak yang tidak berdosa.

Gambar-gambar pembunuhan tentara Israel ke atas anak-anak Palestin telah membawa kepada pembetukan Perjanjian Oslo (Oslo Accords) tahun 1993. Israel dan PLO duduk semeja sekali gus bagai mengakhiri Intifadhah gelombang pertama. Perjanjian Oslo ini ditandantangani di Rumah Putih di Amerika Syarikat oleh Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dan Ketua PLO Yasser Arafat sambil disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Dalam pertemuan ini, Israel mengakui Yasser Arafat untuk pertama kalinya sebagai perwakilan resmi rakyat Palestin. Aktivis gerakan Islam di Palestin menentang sekeras-kerasnya perjanjian ini.

Setempoh Intifadhah 1.0 ini wujud beberapa peristiwa penting yang lain. Ini termasuklah:

Hukuman penjara seumur hidup ke atas pemimpin Hamas, Syeikh Ahmad Yasin pada Oktober 1991 oleh Mahkamah Tentera Israel. Sebenarnya hukuman tersebut bukan sekadar penjaran seumur hidup, bahkan ditambah lagi 15 tahun. Maksud penjara seumur hidup di sini membabitkan tempoh 30 tahun.

Selain itu berlangsung Kongres Madrid dalam bulan dan tahun yang sama iaitu Oktober 1991. Buat pertama kalinya pemimpin Arab dan Israel duduk semeja sambil dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat, Presiden Rusia dan Perdana Menteri Britain. Kongres diadakan di Madrid, Sepanyol. Pemimpin Arab yang diwakili oleh pihak PLO bersetuju agar gerakan Intifadhah dihentikan. Hamas bagaimanapun menolak sebarang bentu perjanjian dengan Israel sekiranya tidak memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Kemudian pada tahun 1992, pasukan Briged al-Qassam yang merupakan salah satu sayap Hamas dari Palestin dan Hezbollah dari Lubnan melancarkan beberapa serangan ke atas kepentingan Israel.

Pada Disember 1992, 400 pemimpin Hamas dan beberapa pemimpin gerakan Islamic Jihad ditangkap dan dipenjarakan di sebuah padang pasir. Mereka yang ditahan itu termasuklah Dr Abdul Aziz ar-Rantisi.

Intifadah 2.0 bermula pada tahun 2000. Ia dikenali juga sebagai Intifadah al-Aqsa disebabkan oleh tindakan balas ke atas Zionis menerusi kunjungan Ariel Sharon ke Masjidil Aqsa. Kesucian Masjid al-Aqsa bagai sengaja mahu dinoda oleh Sharon yang telahpun dibuktikan bersalah terlibat secara langsung dengan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Palestin dan Lubnan di Kem Pelarian Sabra dan Shatila.

Beberapa siri serangan bom berani mati dilakukan. Pada tahun 2003 misalnya, sebuah bas di Haifa meledak akibat ledakan daripada seorang pengebom berani mati Palestin.  Seramai 17 orang terkorban. Banyak pihak terutama Israel mengutuk serangan berbentuk sedemikian dengan hujah, serangan ke atas orang awam.

Ironinya, pihak Israel sendiri tidak pula rasa bersalah menyerang orang awam Palestin yang tidak bersalah, malah tidak pula bersenjata!

Dalam abad yang sama, abad ke-21, Intifadhah 3.0 turut dilancarkan apabila Israel menerima tekanan hebat di peringkat antarabangsa. Ada pihak menyifatkan tragedi Mavi Marmara sebagai bermulanya Intifadhah 3.0 ini.

Tindakan rejim zionis Israel menyenaraikan Masjid Ibrahim dan Masjid Bilal bin Rabah sebagai wilayah warisan Yahudi telah membangkitkan satu provokasi yang besar kepada rakyat Palestin dan umat Islam seluruhnya. Tindakan Israel yang sekali gus meluaskan jajahan bumi Palestin yang mereka takluk menyebabkan penduduk Tebing Barat mengadakan bantahan dan seterusnya mencetus pertempuran antara penduduk dan pihak berkuasa Yahudi itu, termasuk beberapa insiden di al Khalil.

Hamas dan lain-lain terus teguh dalam intifadah gelombang ketiga yang sedang berlaku kini. Masjid-masjid tersebut di samping Masjid al-Aqsa yang cuba dinoda Israel misalnya tidak harus dibiarkan. Pada tahun 2011, laman ‘THIRD INTIFADA’ di sebuah laman sosial yang mempunyai rakan sehingga mencceah 3 juta orang dari seluruh dunia telah diharamkan akibat lobi daripada pihak kabinet Israel sendiri.

Akhir kalam

Collin Powell pada 2001 pernah menyebutkan bahawa intifadah takkan berjaya dikekang dengan cara militari lantaran ia semakin mendapat simpati dari masyarakat di seluruh dunia. Ada dua persoalan penting mesti dijawab oleh beliau: Apakah ada cara lain untuk mengekang Intifadhah dan apakah rasionalnya untuk mengekang gerakan Intifadhah?

Gerakan Intifadah dilihat penting dalam konteks meningkatkan moral dan semangat rakyat Palestin khususnya terhadap keadilan dan kuasa Islam. Dalam masa yang sama, ia menghindarkan diri daripada terus berasa tertekan apatah pula untuk mendiamkan diri daripada terus dizalimi oleh pihak Rejim Israel. Selain itu, Intifadhah perlu dilancarkan dalam konteks untuk memberikan tekanan psikologi ke atas kesombongan tentera dan rakyat Israel.

* Kredit gambar ‘Al-Quds Mosque’: http://islamicwallpers.blogspot.com/2009/05/islamic-wallpapers-89-al-quds-mosque-in.html

* Kredit gambar ‘Al-Quds Militiawoman’: http://www.nocaptionneeded.com/2010/01/remembering-iraq/

* Kredit gambar ‘Third Intifada’: http://ricochet.com/main-feed/Apple-Puts-Third-Intifada-App-on-iPhone

* Kredit gambar ‘Intifadhah III start now’: http://almujahidien.multiply.com/journal/item/43/Intifada_III

* Kredit gambar ‘Aqsa Syarif Le Tour d’Europe’: http://www.aqsasyarif.org.my/2011/04/aqsa-syarif-le-tour-deurope-bersamamu-palestin/?lang=en

Lamanya tak naik kereta api
ISNIN lalu (7 Mei 2012), saya berpeluang bermusafir ke KL dengan kereta api. Rasanya inilah kali pertama naik kereta api setelah 8 tahun tak naik (kali terakhir perjalanan Manchester-London-Manchester). Entah macam mana, saya telah diaturkan duduk seorang diri dalam sebuah gerabak!

Sengaja saya pilih gerabak tempat tidur, sebab malam sebelumnya saya tidur jam 5 pagi sebab siapkan sebuah deraf penulisan. Selang beberapa minit kereta api bergerak dari Kempas Baru, saya pun tidur. Pada sebelah senja, macam-macam bunyi ada termasuk mirip suara budak. Barangkali ia hanya perasaan sebab seorang diri dalam sebesar-besar gerabak.

Sebetulnya saya baru nak beli tiket. Alamdulillah, pemandu teksi sanggup menunggu dalam memastikan saya dapat tiket. Kalau tidak, dia mahu hantar saya dapatkan bas di Larkin Sentral. Pemandu teksi juga mahu merancang mahu belajar al-Quran daripada saya. Katanya dulu zaman sekolah nakal, tiada peluang.

Ada bagusnya seorang diri, mudah dirikan solat di sisi katil; zuhur, asar, maghrib dan isyak. Terima kasih dengan adanya perisian kompas dalam telefon bimbit. Malangnya tiada koc buffet, jadi makanan yang ada cuma mi segera (lihat gambar sebelah).

Sampai di KL Sentral, langsung dapatkan teksi ke sebuah hotel yang banyak cermin dan dikawal oleh pegawai keselamatan Gurkha, bersebalahan dengan Pudu Raya. Tambang hanya RM10.

Naik kereta api memang cukup ‘NOSTAGILA’ sewaktu zaman belajar dulu termasuk bila lalu Gemas dengan kemeriahan jualan makanan dan air panas.

Stesyen di Gemas sedang dinaik taraf.

Pemandangan padang golf di Gemas.

Sampai di KL Sentral.

Pemandangan sekolah dari kamar hotel.

Peserta bengkel saya sedang membuat pembentangan.

Salah seorang peserta terbaik.

Berpeluang subuh di Masjid Jamek.

Masjid yang indah di pusat jantung Kuala Lumpur.

Apabila jumlah zakat menjadi KPI syarikat
SUNGGUH berbaloi tunaikan hak untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SMS Sultan Iskandar Mersing Sabtu lalu, 3 Mac 2012. Pihak perasmi berkongsi pengalaman dan pencapaian gemilang Al-Ikhsan yang beribupejabat di Taman Universiti. Terakhir, RM1.9 juta zakat dibayar. Akan datang, RM3 juta dijadikan sasaran sekali gus KPI buat syarikat.

Buat julung kalinya pihak sekolah mengundang tokoh korporat sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG. Walaupun  CEO Al-Ikhsan yang terkenal dengan produk Nike, Puma dan Adidas itu tidak hadir, namun ia membolehkan wakilnya bercerita tentang rahsia kejayaan CEO dan Al-Ikhsan yang bukan menjadi rahsia lagi.

Jaga solat, hormati ibu bapa dan banyakkan sedekah. Itulah rahsianya yang dapat saya simpulkan dalam bahasa saya sendiri. Ia petua dan formula untuk berjaya dalam apa jua bidang termasuk dalam bidang keusahawanan. Cuba dulu baru tahu, atau lebih tepat, amalkan secara konsisten, baru tahu dan nikmati hasilnya.

Pembicara kelihatan begitu yakin dengan formula tersebut. Tentu beliau melihat dengan mata kepala sendiri bahawa, bisnes yang berkat sungguh memberikan rahmat (termasuklah rahmat penerimaan sumbangan sebanyak sekitar RM300k oleh Sekolah Islam Hidayah daripada Al-Ikhsan). Pembicara merupakan Pegawai Perhubungan Korporat yang menggantikan CEO Al-Ikhsan, Tn Hj Ali Hassan Mohamad Hassan yang tidak dapat hadir.

Syarikat Al-Ikhsan kini dikatakan merupakan syarikat ke-80 terbaik dunia dan syarikat peruncit terbaik ASEAN. Kini sudah ada sekitar 100 cawangan di seluruh Malaysia, dan mensasarkan 200 cawangan. Malah, Al-Ikhsan cukup kreatif apabila menubuhkan Al-Ikhsan Sportsgirl seperti dilaporkan di sini.

Menyentuh soal sedekah, Allah boleh beri ganjaran hingga 700 kali ganda. Maknanya kalau sedekah RM10, layak dapat ganjaran hingga RM7k. Dalam hadis disebutkan 1 sedekah buat fakir miskin layak dapat ganjaran hingga 10 kali ganda (disebutkan secara umum sebagai amal baik dalam al-An’am ayat 160), manakala sedekah itu lebih utama diberikan kepada yangberada di jalan Allah dan kaum kerabat sendiri (terutama isteri dan anak-anak).

Kini di Barat, semakin ramai yang menyedari bahawa ‘amalan sedekah’ itu dapat ‘murahkan rezeki’ sebagaimana yang dipopularkan oleh Anthony Robbins, Bill Gates dan lain-lain. Malah menurut Anthony Robbins, ‘bersedekahlah’ biarpun kepada mereka yang tidak kita kenali.

Ada benarnya kata perasmi tadi bahawa sudah ramai ustaz berbicara tentang sedekah dan kami cuba beramal dengan membuktikan kebenarannya.

Sesungguhnya ada beberapa sebab Al-Ikhsan itu dekat di hati saya sehingga untuk ditulis di sini:

Pernah jadi panel ceramah buat staf Al-Ikhsan untuk dua kali pagi Jumaat.

Al-Ikhsan boleh dikategorikan berjiran, di Taman Universiti sahaja. Pernah bersama-sama solat buat jenazah kekanda CEO-nya pada 2009 lalu seperti yang dituliskan dalam entri blog di sini.

Jelas terbukti CEO-nya komited dengan agamanya sendiri seperti sebagaimana rahsia-raksia kejayaan yang disebutkan. Beliau juga teguh dengan amalan solat berjamaah bersama staf, di samping banyak sedekah dan mempunyai hubungan baik dengan bondanya sendiri, Pengerusi Al-Ikhsan yang pernah membeli sejumlah buku Online dengan Tuhan dengan penulisnya sendiri

Perkara lain yang boleh sama-sama kita teladani adalah agar BERJIWA BESAR UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK seperti sasaran KPI bayar zakat RM3 juta dan sasaran 200 cawangan. Kami sungguh tertarik dengan tag line Al-Ikhsan terkini:

BRING IT TO THE NEXT LEVEL

Salam hormat daripada al-faqir ilallah, ZULKIFLI KHAIR.

(Kredit gambar paling atas buat bliblah.com)

Kisah ‘maulid’ (kelahiran) dalam Februari dan Rabiulawal
TAHUN ini fb saya sepi tanpa bicara siber salam ulang tahun pada 22 hari bulan lalu lantaran sengaja saya buat begitu. Pertama, mahu lebih martabatkan kalendar hijrah. Kedua, mahu lebih akur bahawa saya menjadi lebih tua dengan mengikut sistem kalendar berasaskan bulan berbanding sistem ‘matahari’. Ini disebabkan kalendar Hijrah lewat sebanyak 11 hari berbanding kaledar Gregory.

Kalendar hijrah yang wajar menerima lebih penghargaan berbanding kalendar masihi mempunyai asas yang kukuh. Selain daripada sunnah nabi (Kalendah hijrah disebut dalamal-Quran di surah a-Taubah ayat 36-37 dan al-Baqarah: 189), ia jauh lebih jitu dan persis. Contoh paling mudah, mereka yang lahir pada 29 Februari dan mungkin akan menyambut ulang tahun masing-masing pada hari ini akan terpaksa menyambutnya lagi setempoh empat tahun akan datang – kasihan!

Tidak adil bukan?

Oleh sebab itu, saya kini memilih 5 Zulhijjah sebagai tarikh kelahiran saya (anda boleh semak tarikh lahir hijrah di sini). Sebagaimana ceramah Maulidur-Rasul yang saya dengar di lokaliti saya, tak perlu suka sangat sewaktu sambutan ulang tahun. Sebabnya ada banyak keadaan orang mati pada atau dekat-dekat dengan tarikh kelahirannya sebagaimana nabi Muhammad SAW – Allah sahaja yang Maha Tahu.

Nabi Muhammad lahir pada Isnin, (ada pendapat kata 9 Rabiulawal, juga 12 Rabiulawal). Nabi Muhammad pula wafat pada Isnin, 12 Rabiulawal. Kalau baginda lahir pada waktu subuh, baginda wafat pada waktu duha sewaktu giliran bersama Aisyah. Kisah pemergian nabi antara lain dirakam dalam lagu Pemergianmu oleh Inteam.

Selain itu, umat Islam mesti menyokong gagasan menggunakan kalendar Hijrah di peringkat global pada masa akan datang. Batu Bersurat Trengganu, buku Sejarah Melayu, surat sultan-sultan Melayu zaman Islam dan sebagainya menggunakan kalendar hijrah. Surat Melayu terawal yang masih kekal hingga kini adalah surat Sultan Abu Hayat (sultan di Ternate, kepulauan di timur Sulawesi) kepada Raja Portugal paa tahun 1521 dan 1522 (sila rujuk jurnal Kesturi terbitan Akademi Sains Islam Malaysia, Januari-Disember 2002/Syawal 1422-Ramadan 1423, Jilid 12 (1&2)).

Tanpa diduga (kisah lain), untuk kali ini ada tiga undangan ceramah Maulidur-Rasul; SK Tanjung Kupang (170212), SMK Mohd Khalid (230212) dan SMK Ulu Tebrau (250212). Saya banyak fokus kepada mesej besar nabi Muhammad iaitu mesej: “TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH”. Antara lain kebenaran nabi Muhammad cuba dibuktikan secara saintifik:

Berita tentang kedatangan nabi Muhammad disebut dalam kitab-kitab suci lain seperti dalam Bible Barnaba, Bible moden (di Bab John) dan juga Veda.

Kebenaran nabi Muhammad dapat dibuktikan dengan kebenaran al-Quran itu sendiri.

Pengiktirafan terhadap ketokohan nabi Muhammad seperti mana yang dilakukan oleh Michael H. Hart ang letkkan nabi Muhammad sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah manusia dalam buku A 100: A ranking of the most influential persons in history – sila lihat senarai “top 10″ di sini. Cuma yang tak betul bila didakwa bahawa nabi Muhammad mengasaskan Islam dan menulis al-Quran.

Saya mewakili pasukan Unit Dakwah IKRAM Johor Bahru Tengah atau Ray of Serenity (ROSE), di samping sebagai perunding jurulatih dan penulis bebas. Setiap tempat saya hadiahkan buku tulisan saya terbitan PTS. Moga ia bermanfaat di dunia dan akhirat.

SMK Ulu Tebrau. Majlis dihadiri YDP dan Timbalan YDP PIBG, di samping siap ada anugerah Tokoh Maulidur-Rasul Pelajar (diberi penghargaan untuk sampaikan hadiah).

SMK Mohd Khalid. Dulu, ia merupakan Maktab Perguruan Mohd Khalid.

SK Tg Kupang. Ia kembalikan nostalgia tragedi kapalterbang terhempas di Tg Kupang pada tahun 1977 yang kemudian diabadikan dalam novel remaja yang sempat dibaca waktu saya remaja dulu.

Al-Faqir ilallah, ZULKIFLI KHAIR.

Manisnya bila jadi yang pertama
JADI yang pertama lazimnya manis; mendapat tempat pertama termasuklah malam pertama. Itulah yang berlaku kepada saya apabila dipilih untuk jadi yang pertama dalam kategori cerpen berunsur Islam di peringkat kebangsaan. Dengan hadiah yang diterima, setiap kalimat dalam cerpen bagaikan berharga seringgit empat puluh sen.

Inilah kali kedua jadi yang pertama selepas 28 tahun yang lalu, iaitu sewaktu mendapat pertama dalam pertandingan cerpen di peringkat sekolah menengah rendah, alhamdulillah. Bidang penulisan fiksyen masih diteruskan biarpun kini semakin cenderung dengan penulisan bukan fiksyen.

Setelah mendapat panggilan telefon tentang makluman tersebut, saya pun cepat-cepat membongkar fail dalam laptop. Taubat al-Munawwarah dibaca, saya rasa puas dan ia agak enak dibaca biarpun saya sebenarnya kritis orangnya (hi hi hi).

Alhamdulillah, barangkali inilah antara ‘penawar’ buat saya setelah menerima musibah kemalangan pada 17 Disember 2011 – itulah antara yang paling awal terfikir dalam benak. Selain itu tidak silap saya, pernah berusaha mencuba sebanyak dua kali tapi tidak mendapat sebarang tempat.

Saya begitu bersemangat untuk ke Kuala Lumpur, menapak di atas podium setelah nama dipanggil. Malangnya tarikh 13 haribulan ditangguhkan ke 20 haribulan. Saya tidak dapat ke DBP lagi nampaknya, lantaran komitmen mengambil anak-anak di asrama.

Barangkali Tuhan tidak takdirkan untuk saya bertanya secara seloroh dengan Ustaz Jamil Khir (Datuk Seri) tentang isu penggunaan wang zakat yang heboh diperkatakan pada ketika itu. Beliau merupakan VVIP yang diundang dan diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah.

Nama karyawan Taubat al-Munawwarah disiarkan dalam beberapa media perdana, biarpun wajahnya tiada. Satu dalam Utusan Malaysia 21 Januari 2012 (Memartabatkan sastera, semua pihak diseru bekerjasama – Jamil Khir), dan juga dalam Harian Metro (Percubaan pertama bawa tuah). Ustaz Azman Ahmad al-Kurauwi dengan baik hati telah sudi menjadi wakil untuk majlis penuh bersejarah itu.

Terima kasih buat semua pihak terutama yang tak jemu untuk membaca dan memberi pandangan terhadap tulisan-tulisan saya iaitu isteri saya sendiri di samping guru-guru penulisan fiksyen terutama Tuan M Rozi Hussin, Bonda Zaharah Nawawi, Dr Mawar Shafei, Dr Faisal Tehrani dan lain-lain.

Sehubungan itu, dapatlah saya menambah kenalan dengan karyawan lain yang nampak lebih ‘energetik’ termasuk Zaid Saleh dan Marini Azahri.  Selain itu bagai mahu ‘mengabsah diri’ untuk jadi aktivis persatuan penulis (Persatuan Penulis Johor dan IKRAMedia Johor), sebabnya saya berjaya buktikan bahawa saya masih menulis.

Walau bagaimanapun, bukanlah pertandingan dan sayembara itu menjadi keutamaan buat penulis yang serius untuk menulis dan yang serius untuk menjulang kebenaran. Karyawan agung silam khususnya harus dijadikan inspirasi bahawa karya-karya agung mereka dapat bertahan bukan disebabkan menang dalam sayembara, namun terus harum mewangi, lestari.

Penulisan fikyen (ada yang guna istilah penulisan kreatif) bagai saya adalah penulisan paling berestetika dan paling mendasar dalam dunia penulisan. Dengan lain perkataan, anda mampu menulis ‘apa sahaja’ apabila menguasai penulisan ini insya-Allah. Lazimnya, mereka yang menguasai ‘penulisan estetika bersifat kritis’ mampu hasilkan penulisan artikel dan ilmiah dengan baik, sebaliknya penulis ilmiah belum tentu mampu hasilkan ‘penulisan estetika’ dengan baik.

Sahabat nabi Hasan bin Thabit r.a. dan Abdullahbin Rawahah r.a. serta Imam asy-Syafei misalnya adalah penulis puisi yang hebat. Selain itu, Sayid Qutb tokoh Ikhwanul-Muslimin itu adalah juga sasterawan. Begitu juga dengan  Syeikh as-Sumaterani, Raja Ali Haji, Buya HAMKA dan banyak lagi.

Penulisan adalah media dakwah dengan cara tersendiri dan mampu menembus hati. Tiada jalan pintas untuk menguasai. Segalanya bermula dengan yang kecil, asalkan berhasil. Mesti berguru. Rajin mencuba untuk hantar ke penerbit. Tidak mudah putus asa biarpun dibakulsampah atau dibenam dalam hard disk. Kini menulis merupakan suatu bentuk bisnes yang tersendiri, namun para penulis yang berjaya rata-rata bukan bermula dengan tujuan utama untuk buat duit.

Dalam membina daya tahan untuk duduk, duduk dan duduk, maka saya dapatkan alas punggung khas seperti dalam gambarfoto meja kerja di bawah. Anda akan terasa dingin bila duduk di atasnya dengan nikmat keselesaan maksimum. Sebelum itu saya dapatkan skrin lebar untuk disambung ke HP Mini saya yang mini batang tubuhnya itu agar mata tidak begitu letih.

Apa pun yang penting adalah kekuatan dari dalam, tanpanya ‘habuk pun tarak’!

* Kredit gambar paling atas untuk Utusan, Mohd Najib Mohd Nor dan Marini Azahri.

Al-Faqir ilallah, ZULKIFLI KHAIR.

Suka duka Disember 2011
CERITA Tahun 2011 bagaikan berkumpul dalam Disember 2011. Suka duka dalam bulan Disember 2011 bagaikan mewakili keseluruhan tahun 2011.

Separuh masa pertama Disember banyak dihabiskan di Kota Chengdu, China. Sebagai salah seorang penaja dan pelajar PhD, saya sertai Lawatan Akademik ke sana. Program begitu padat dengan pelbagai lawatan; universiti, institusi penyelidikan, kilang, ladang, masjid (lihat masjid terbesar Chengdu iaitu Masjid Huangcheng di sini), sistem pengairan kuno di kawasan yang pernah alami gempa bumi sebelum, Dujiangyan di samping lawatan ke pusat pemeliharaan panda.

Pemandangan sungai buatan untuk tujuan di Dujiangyan, China yang dibina pada abad pertama. Maklumat lanjut boleh dilihat di sini.

Sekitar 80 peratus panda dunia berada di Chengdu, wilayah Sichuan.

Pertanian dan industri asas tani di China cukup mengkagumkan seperti menerusi teknologi yang murah dan praktikal.

Lebih seminggu meninggalkan anak-anak pasti membangkitkan rasa rindu yang mendalam. Selang tiga selepas bertemu semula dengan anak-anak, kami ditimpa musibah kemalangan jalanraya. Air bertakung di jalan beserta angin lintang antara asbabnya.

Anak sulung cedera parah lantaran tercampakdan akhirnya berada kira-kira 5 meter dari kereta yang terbalik. Yang lain cedera ringan, manakala dua lagi anak lelaki tidak terlibat disebabkan menyertai perkhemahan di Hutan Rekreasi UTM.

Dipercayai kemalangan berlaku di sini (Pasir Gudang menghala ke Senai) di Lebuhraya Senai-Desaru pada 17 Disember 2011,sewaktu perjalanan untuk memberi ceramah sempena program Back-to-School anjuran IKRAM Kulaijaya di TJ Mart dan mendapat liputan media di Sinar Harian 18 Disember 2011.

Ada beberapa kemudahan yang Tuhan kurniakan (keajaiban?) termasuklah anak sulung yang dibenarkan keluar wad selepas lima hari berada di sana (Hospital Sultan Ismail). Selain itu, ramai yang datang membantu termasuk 3 buah kereta yang menghantar kami 5 anak-beranak ke hospital. Pun begitu ada yang ‘menolong’ mencuri beg saya yang mengandungi laptop baharu, dompet beserta segala jenis kad dan pasport antarabangsa.

Sungguhpun bagai jatuh di timpa tangga, sempat saya senaraikan hampir 100 kebaikan/kemudahan yang diperolehi daripada ujian ini – benar kata Allah, di sebalik kepayahan itu pasti ada kemudahan. Selang dua hari kejadian, saya bacakan beberapa perenggan daripada buku Jangan Bersedih (terjemahan La Tahzan al-Qarni). Majlis kesyukuran yang diadakan di surau, saya jemput khusus Kadi Kulaijaya (yang juga jiran saya), Ustaz Fahmi untuk memberi tazkirah tentang musibah yang Allah timpakan – musibah merupakan ujian daripada Allah apabila yang menerimanya itu bertambah baik dan dekat dengan Allah.

Saya sekadar menerima 3 jahitan. Sewaktu mula-mula sampai di HSI, saya seorang sahaja yang mampu bergerak ke sana ke mari sementara anak sulung (Nisa) di ICU manakala isteri dan lain-lain di kerusi roda. Alhamdulillah selang seminggu sempat saya hadiri program khidmat masyarakat oleh pelajar-pelajar saya dari kelas Adult Learning UTM di Pontian. Program dihadiri oleh YB Datuk Ahmad Maslan, sila lihat liputan media di Utusan Malaysia di sini.

Ya, telefon bimbit pintar pecah dan rosak, kamera DSLR rosak di bahagian penyambung lensanya manakala banyak dokumen hilang (beserta banyak masa hilang untuk pelbagai urusan), serta kereta total loss namun ahli-ahli keluarga kami masih tidak rosak dan hilang – alhamdulillah. Kita semua harus akur betapa ujian yang diberikan sesuai dengan keupayaan diri, manakala ujian paling berat diterima oleh nabi-nabi yang kalbu mereka akrab dengan Ilahi.

Terima kasih buat emak, ayah, abah, adik-beradik dan ipar-duai, saudara-mara. kawan-kawan, jiran-jiran dan semua pihak yang telah menunjukkan rasa cakna yang amat mendalam. Disember 2011 memberikan sesuatu yang membekas di hati; suka dan duka yang perlu dibarengi oleh rasa syukur dan redha. Catatan oleh anakanda Khairunnisa Zulkifli mengenai kejadian ini boleh dibaca di sini.

Salam hormat daripada Zulkifli Khair.

Besok kendalikan bengkel ‘Creative Thinking and Problem Solving’
BESOK insya-Allah akan kendalikan bengkel ‘Creative Thinking and Problem Solving’ di Bangunan Hokkien Johor Bahru tidak jauh dari Restoran Saga yang terkenal dengan ratusan gambar-gambar retro termasuk gambar filem-filem P Ramlee. Saya akan ditemani oleh seorang ‘mentee’ yang memang bercita-cita mahu menjadi jurulatih dan perunding latihan pada masa akan datang.

Tadi raikan pembicara utama ROSE (CRS) JK Dakwah IKRAM JBT, Sdra Jay di Komplek Islam Johor sempena program membudayakan al-Quran. Kemudian berpeluang sarapan semeja bersama Dato’ Timbalan Mufti, KPP Dakwah dan lain-lain. Perbualan menarik terutama mengenai saudara kita dan program-program dakwah di peringkat Johor khususnya. Alhamdulillah dan insya-Allah.

281111

Tazkirah Maghrib di Masjid al-Jawahir, Mutiara Rini sempena Sambutan Tahun Baharu Hijrah 1433.

271111

Moderator forum ‘Tip membina keluarga bahagia – Mawaddah, Rahmah, Sakinah’ sempena program Mereguk Bahagia di Syurga Rumahtangga anjuran IKRAM JBT di UTM. Ahli-ahli panel ialah Dr Harlina dan suami, Ust Zulkifli Ahmad. Liputannya boleh dilihat di sini. Dalam masa yang sama buka gerai jualan buku-buku sendiri.

261111

Ceramah Ma’al Hijrah di Surau Mutiara Aula, Mutiara Rini.

221111

Moderator untuk program nadwah ala ‘talk show’ berjudul ‘Utamakan utama dari perspektif Fiqh al-Awlawiyat’. Tiga panel diundang, satu sketsa dipersembahkan dan dua audiens diundang khas untuk menyampaikan ucapan. Terdapat banyak hadiah menarik untuk audiens yang berjaya jawab soalan kuiz. Gambar-gambar boleh dilihat di sini.

191111

Kendalikan Kem Uhibbu Lughatul-’Arabiyah beserta enam fasilitator yang turut serta belajar bahasa Arab, bahasa al-Quran!

131111

Ceramah Motivasi Penulisan sempena Sambutan Bulan Bahasa di Kem MSN Asahan, Melaka. Berpeluang mandi-manda di air terjun Asahan yang berasal dari puncak Gunung Ledang.

121111

Menyampaikan sijil sempena Majlis Ihtifal TDI di The Zone, Stulang (ikut ‘protongkol’, yang menyampaikan sijil dipanggil VVIP, saya tak pasti apa yang ‘very very’ itu).

101111

Panel Forum Kerjaya di SRIH.

091111

Ceramah ‘Science and the Miracle of God’s Creation’ di SMK Taman Daya (Bahagian 1).

Ceramah ‘Online dengan Tuhan’ di Savannah Hill, Ulu Tiram.

071111

Mengedarkan daging korban, palaian terpakai dan epal ke Kg Orang Asli Spg Arang, Gelang Patah.

291011

Mewakili pihak perempuan untuk sebuah majlis pertunangan…

Ulang tahun, kalendar yang mana anda gunakan?
HARI ini 5 Zulhijjah 1432 (bersamaan 011111 yang bernilai 31 mengikut sistem binari). Rata-rata tiada seorang pun yang beri ucapan salam ulang tahun setelah saya maklumkan bahawa pada hari ini merupakan tarikh ulang tahun saya mengikut kalendar Hijrah. Saya bukan mengharapkan ucapan tersebut, namun ini suatu dapatan (fenomena) yang menarik. Apakah sambutan ulang tahun kurang sesuai bila dirujuk kepada kalendar Hijrah berbanding Gregory?

Tarikh tersebut tentunya mengingatkan tentang tarikh 9 Zulhijjah yang sudahpun diisytiharkan oleh pihak Arab Saudi jatuh pada Sabtu ini.

Salam hormat daripada ZULKIFLI KHAIR

Mengangkat laksamana Melayu abad ke-17 dalam Empayar IX
22 Oktober ini insya-Allah akan saya bicarakan novel Empayar IX. Novel karya Rendra ini memenangi Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 2010. Sebanyak tiga karya akan dibicarakan bersempena program Bicara Karya Sastera Negeri Johor (Sabtu: 9 pagi – 12 tengah hari) di Perpustakaan Sultan Ismail MBJB, Jalan Datin Halimah, Johor Bahru.

Sedikit petikan daripada ulas bicara saya: “Dari perspektif yang lain pula, novel ini mahu mengangkat nama Tun Abdul Jamil selaku tokoh pemimpin, laksamana dan pejuang yang hebat (biarpun ini bukanlah karya novel biografi) di samping memartabatkan nama Kerajaan Johor-Riau-Lingga yang cukup harum mewangi sewaktu abad ke-17.”

Ayuh, semua dijemput hadir.

ZULKIFLI KHAIR

Serigala jahat (bad wolf). Mengapa mahu yang jahat?
16 Oktober 2011. Sewaktu berada di Nilai dan bertemankan tutor muda dari USIM (Nursa’adah Khair), maka berpeluanglah saya dan anak2 ke pesta buku Big Bad Wolf di MAEPS, Serdang. Buku Why we want you to be rich oleh Donald Trumph dan Robert Kiyosaki telah saya beli dengan harga diskaun, RM40. Namun di pesta buku yang sesak ini harganya tak sampai RM10!

Buku2 berbahasa Inggeris dijual dengan harga murah di sini. Banyak juga buku yang dibeli. 10 bas disediakan secara percuma buat pengunjung. Kata pakcik bas kepada saya, “macam mini MAHA.”

Mengapa perlu jadi serigala ‘jahat’? Ha ha. Buku elektronik, Password incorrect yang dimuat turun dalam telefon bimbit saya bagai mahu memberikan jawapan bahawa manusia kini mahukan suatu yang luar biasa, gemar melawan arus kebiasaan. Selang beberapa masa, berubah lagi. Cukup dinamik.

ZULKIFLI KHAIR